Skip to main content

JALAN JALAN PENANG PART 2


DAY 2

Tiba la hari ke dua di Penang, sebab day 1 dah pergi jalan jalan so hari kedua we decided untuk pergi hiking...  Sebelum nak hiking tu kitaorang ada sewa boat sebab balik mesti dah penat semua so nak naik boat je balik, kena pilih pakej boat sebab dekat situ ada banyak. Sebelum nak hiking kena tulis nama dulu sebab kalau ada apa-apa hal nanti diorang boleh tahu kan. At first nak pergi hiking dekat Monkey Beach tapi unfortunately ada satu tempat dekat Monkey Beach tutup so kitorang pun pergi lah hiking di Pantai Kerachut, jalan nak pergi Pantai Kerachut ni jauh sikit berbanding Monkey Beach, dia punya scenery hiking tu pun dikelilingi hutan berbeza di Monkey Beach. Fuhhh, dia punya cabaran hiking tu memang mencabar dengan licinya sebab cuaca time pergi tu pun tak menentu, dengan ada yang nak turun balik, nak muntah, sakit kaki, jatuh but in the end kitaorang sampai jugak dekat penamat tu. Dia punya excited sampai tu sampai dah lupa cabaran sebelum tu, sebab Pantai Kerachut cantik even tak ada apa-apa pun dekat situ just ada pusat pemeliharaan penyu je and monkey.

Ni tanda arah untuk ke pantai kerachut
  
Jambatan yang menunjukkan tempat hiking dah tamat




Kalau ada bawak beg jangan tinggal beg korang dekat pasir pantai tu kalau tak ada orang tengok, nanti monyet dekat situ ambik buat lari beg korang, arhh baru tahu. Nak pergi tengok Penyu tu tak payah bayar pun, banyak jugak lah jenis penyu dekat situ dari kecil sampai besar. Ada juga diorang tunjuk rangka penyu and ikan?... Tempat telur penyu pun ada tapi time tu diorang tutup so kitaorang tak boleh nak tengok.
Ni replika macam mana penyu berterlur



Ni jenis penyu yang dipelihara disana

Anak penyu yang dipelihara




Setelah dah puas dekat Pantai Kerachut, kami tunggu boat yang kami sewa untuk datang ambik dan bawa kami ke Monkey Beach. Janji pukul berapa datang pukul berapa memang membara juga jiwa kitaorang time tunggu boat tu dah datang kena kongsi dengan foreigner pulak padahal time bayar kami bayar boat tu untuk kami sahaja, pandai betul diorang nak kaut duit!! So yang mana nak pergi tu nanti pilih pakej boat yang elok supaya tak kena macam kami yee.

Dekat Monkey Beach ada tempat makan, minum dan tempat beraktiviti, macam-macam aktiviti yang boleh dilakukan dekat situ. Kuda pun adaa, sepasang siap dengan little pony lagi. Monkey Beach ni sesuai dengan nama dia monkey of course dekat sini ada LAGI BANYAK monyet dari dekat Pantai Kerachut, kalau korang tinggal barang sure sekejap je dah lesap so more be careful dekat Monkey Beach ni. Dah penat seharian sampai petang so decided nak balik sempat penat sangat dan kebetulan petang tu baru hujan, Alhamdulilah sebab misi kami di day 2 untuk hiking berjaya..



So bagi korang yang suka hiking tu boleh laa datang, tak nak sewa boat boleh nanti korang akan balik hiking jugak but kena be careful sebab licin dan lagi mencabar kalau nak turun.


Comments

Popular posts from this blog

Kolej matrikulasi kelantan part 1

     Siapa yang dapat matrik kelantan ni mesti rasa tak best kan ye lah matrik baru same lah dengan i dulu tapi korang silap tau sebenarnya matrik kelantan or kmkt ni best sangat sebab apa sebab dia matrik baru so banyak peralatan baru dan semua baru lah. Kolej kediaman pun best sebab baru,  jadi korang kena bersyukurlah sebab dapat kmkt ni kerana serba serbi baru.              Keadaan dalam kmkt luas lah jugak so kalau korang nak pergi jogging ke waktu petang memang shok arh, time batch i dulu waktu petang lah meriah sebab semua orang dah balik kelas so petang tu dah boleh lepak lepak, weekend lagi lah best nak rehat lah nak bermain lah. Dekat kmkt ada 4 kolej kediaman, Block A, Block B, Block C dan Block D. Time batch i dulu, block A sampai C tu blok perempuan dan blok D tu lelaki mungkin sekarang masih kekal macam tu. Semua blok A kot sebab antara blok tu ada cafe macam diantara blok A dan blok B ada cafe macam tu jugak dian...

Review : Makmum

This story berkisah tentang ‘hantu makmum’ yang sering kacau budak ni time diorang solat tahajjud. Ada 3 orang budak siswi yang tak boleh balik even holiday sebab diorang kena tahan oleh guru besar sebab result exam tak okey. Tapi rasanya heroin dalam cerita ni ialah “Rin” yang boleh nampak benda ghaib sebab dia kerja uruskan jenazah but ada kaitan dengan asrama siswi tu.  Dah nama pun musim cuti sekolah sebab takde orang lah dekat asrama, so time ni lagi banyak kali lah 3 orang budak ni kena ganggu even siang hari pun. Kena rasuk apa lah, even guru besar diorang tak percaya sebab dia ingat budak ni saja saja cari alasan nak lari dari asrama.  Tapi ‘benda’ tu asyik datang mengejut jugak package dengan jeritan sekali perghh bingit jugak telinga sebab banyak kali kot benda tu menjerit. Ku ingatkan cerita ni ada plot twist dari guru besar yang baru rupanya rupanya dari orang lain. Hihihihi Kalau korang rasa after tengok cerita ni rasa takut nak solat tahajjud baik takyah...