Siapa yang dapat matrik kelantan ni mesti rasa tak best kan ye lah matrik baru same lah dengan i dulu tapi korang silap tau sebenarnya matrik kelantan or kmkt ni best sangat sebab apa sebab dia matrik baru so banyak peralatan baru dan semua baru lah. Kolej kediaman pun best sebab baru, jadi korang kena bersyukurlah sebab dapat kmkt ni kerana serba serbi baru.
Keadaan dalam kmkt luas lah jugak so kalau korang nak pergi jogging ke waktu petang memang shok arh, time batch i dulu waktu petang lah meriah sebab semua orang dah balik kelas so petang tu dah boleh lepak lepak, weekend lagi lah best nak rehat lah nak bermain lah. Dekat kmkt ada 4 kolej kediaman, Block A, Block B, Block C dan Block D. Time batch i dulu, block A sampai C tu blok perempuan dan blok D tu lelaki mungkin sekarang masih kekal macam tu. Semua blok A kot sebab antara blok tu ada cafe macam diantara blok A dan blok B ada cafe macam tu jugak diantara blok C dan blok D. Tetapi kalau korang pergi cafe antara C dan D tu memang banyak lelaki kan sebab kolej kediaman diorang dekat situ, suasana agak berbeza dekat cafe blok A dan B, maklumlah blok perempuan jadi kebanyakkannya perempuan lah, lelaki kurang kecuali time malam or weekend sebab ada perjumpaan. Time batch i dulu kedua-dua cafe tu best, mungkin owner still sama kot tapi serius best dulu, mak cik2 cafe pun baik je, peramah gitu. Kalau malam i suka makan dekat cafe diantara C dan D sebab dekat situ banyak pilihan untuk makan malam macam makanan panas. Kalau dekat cafe A dan B burger dia sedap, serius sampai sekarang still macam rindunya burger dekat situ. Untuk intake yang baru nanti jangan lupa tau beli, i recommed sangat2 lah.
Berbalik kepada kolej kediaman, setiap bilik ada 4 katil nanti bila korang dah daftar kolej kediaman boleh lah jumpa roommate masing-masing, kolej kediaman ada 4 tingkat. And unfortunately i dapat tingkat 4 kot dulu but lama kemudian dapat ground floor, syukurrrr... Korang yang duduk blok C tu kalau nak pergi tandas ke apa lebih-lebih lagi yang duduk tingkat atas tu pakai proper sikit kot sebab blok C dekat dengan kolej kediaman lelaki dan diorang boleh nampak kot so becareful okey. Korang tak boleh jangka yang roommate korang satu modul sebab semuanya mungkin berbeza mengikut pengalaman i lah. Blok A ni paling jauh i rasa dari bangunan kelas tapi don't worry sebab blok A ni ada short cut and paling dekat dengan library. Blok D iaitu kolej kediaman lelaki lagi lah ada short cut and memang dekat sangat dengan bangunan kelas, untung betul budak-budak lelaki ni. Kmkt ni dekat dengan bukit so pagi-pagi memang akan ada kabus dan sejuk.
OH, dulu time batch i ada banyak binatang nama charlie, biasanya dekat tandas banyak and kekadang dalam bilik pun ada tapi korang jangan pulak tak nak masuk matrik sebab binatang ni. HAHAHAHA... Binatang ni ada je cara untuk mengelak dan cara untuk matikan dia secara senyap-senyap sebab binatang ni kalau dia mati, kawan-kawan dia akan dapat bau tau so time batch i dulu kitaorang guna salotip je, habis semua tempat yang ada binatang tu di salotipnya, aduh. Binatang berbahaya so pihak matrik memang ada bagi peringatan dekat Pejabat HEP so korang boleh baca dekat situ, biasanya binatang ni banyak time musim hujan sebab binatang ni suka lembap, nanti korang search je lah apa tu charlie.

kalau nak tanya apa apa, sila sila
ReplyDeleteAssalam Kak..no katil dia ikut turutan macam mana?..contoh,sy dpt katil no 3 so katil sy tu depan pintu ke dekat tingkap??
ReplyDeleteSorry dik baru perasan, katil tu dia akan letak 2 kanan 2 kiri. Biasa nya no susunan tu kekadang tak sama ikut bilik
Delete