Skip to main content

Kolej matrikulasi kelantan part 1

     Siapa yang dapat matrik kelantan ni mesti rasa tak best kan ye lah matrik baru same lah dengan i dulu tapi korang silap tau sebenarnya matrik kelantan or kmkt ni best sangat sebab apa sebab dia matrik baru so banyak peralatan baru dan semua baru lah. Kolej kediaman pun best sebab baru,  jadi korang kena bersyukurlah sebab dapat kmkt ni kerana serba serbi baru.      

       Keadaan dalam kmkt luas lah jugak so kalau korang nak pergi jogging ke waktu petang memang shok arh, time batch i dulu waktu petang lah meriah sebab semua orang dah balik kelas so petang tu dah boleh lepak lepak, weekend lagi lah best nak rehat lah nak bermain lah. Dekat kmkt ada 4 kolej kediaman, Block A, Block B, Block C dan Block D. Time batch i dulu, block A sampai C tu blok perempuan dan blok D tu lelaki mungkin sekarang masih kekal macam tu. Semua blok A kot sebab antara blok tu ada cafe macam diantara blok A dan blok B ada cafe macam tu jugak diantara blok C dan blok D. Tetapi kalau korang pergi cafe antara C dan D tu memang banyak lelaki kan sebab kolej kediaman diorang dekat situ, suasana agak berbeza dekat cafe blok A dan B, maklumlah blok perempuan jadi kebanyakkannya perempuan lah, lelaki kurang kecuali time malam or weekend sebab ada perjumpaan. Time batch i dulu kedua-dua cafe tu best, mungkin owner still sama kot tapi serius best dulu, mak cik2 cafe pun baik je, peramah gitu. Kalau malam i suka makan dekat cafe diantara C dan D sebab dekat situ banyak pilihan untuk makan malam macam makanan panas. Kalau dekat cafe A dan B burger dia sedap, serius sampai sekarang still macam rindunya burger dekat situ. Untuk intake yang baru nanti jangan lupa tau beli, i recommed sangat2 lah.         

Ni lah kolej kediaman dekat kmkt, ditemani kabus

        Berbalik kepada kolej kediaman, setiap bilik ada 4 katil nanti bila korang dah daftar kolej kediaman boleh lah jumpa roommate masing-masing, kolej kediaman ada 4 tingkat. And unfortunately i dapat tingkat 4 kot dulu but lama kemudian dapat ground floor, syukurrrr... Korang yang duduk blok C tu kalau nak pergi tandas ke apa lebih-lebih lagi yang duduk tingkat atas tu pakai proper sikit kot sebab blok C dekat dengan kolej kediaman lelaki dan diorang boleh nampak kot so becareful okey. Korang tak boleh jangka yang roommate korang satu modul sebab semuanya mungkin berbeza mengikut pengalaman i lah. Blok A ni paling jauh i rasa dari bangunan kelas tapi don't worry sebab blok A ni ada short cut and paling dekat dengan library. Blok D iaitu kolej kediaman lelaki lagi lah ada short cut and memang dekat sangat dengan bangunan kelas, untung betul budak-budak lelaki ni. Kmkt ni dekat dengan bukit so pagi-pagi memang akan ada kabus dan sejuk.

OH, dulu time batch i ada banyak binatang nama charlie, biasanya dekat tandas banyak and kekadang dalam bilik pun ada tapi korang jangan pulak tak nak masuk matrik sebab binatang ni. HAHAHAHA... Binatang ni ada je cara untuk mengelak dan cara untuk matikan dia secara senyap-senyap sebab binatang ni kalau dia mati, kawan-kawan dia akan dapat bau tau so time batch i dulu kitaorang guna salotip je, habis semua tempat yang ada binatang tu di salotipnya, aduh. Binatang berbahaya so pihak matrik memang ada bagi peringatan dekat Pejabat HEP so korang boleh baca dekat situ, biasanya binatang ni banyak time musim hujan sebab binatang ni suka lembap, nanti korang search je lah apa tu charlie.


Comments

  1. kalau nak tanya apa apa, sila sila

    ReplyDelete
  2. Assalam Kak..no katil dia ikut turutan macam mana?..contoh,sy dpt katil no 3 so katil sy tu depan pintu ke dekat tingkap??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry dik baru perasan, katil tu dia akan letak 2 kanan 2 kiri. Biasa nya no susunan tu kekadang tak sama ikut bilik

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Review : Unicool coolblog

I get influenced so fast to buy this  new coolblog flavour, aaaa cannot holds because coolblog is one of the favourite one.. This new one is called as UNICOOL  coolblog come with 3 types of flavour. Unicool dazzle and twinkle is the combination of yam with blue coral meanwhile unicool magical is strawberry with blue coral. I bought strawberry and blue coral flavour because don’t want to takes risk to try yam flavour yet but if you a yam fans so you can choose it. I think my unicool that time taste more sweet because of the jelly but the combination of strawberry and blue coral really the best and i like it. Maybe next time i will try the others flavour also, ehek. So the price is RM7.50, affordable i guess with high and tick bottle. Im not pearl lover so that time i bought without the pearl maybe the combination with pearl will make it become more better. So, what you waiting for guyss you should try this unicool, ehek.. 🦄

Review : L'oreal Paris sleeping mask. Sangat berkesan

Sebelum ni jarang guna apa-apa dekat muka kecuali dulu-dulu tu pernah lah jugak letak safi dekat muka sebelum tidur, Ya Allah product tu best gila kot tapi sekarang ni tak sure dah yang mana sebab safi dah tukar packaging produk tu dan juga isi dalam dia kot. Entah not sure sangat tapi safi yang i selalu letak dekat muka dulu tu memang best. Hari tu ada nampak orang post pasal satu produk ni iaitu l'oreal paris sleeping mask. Best gila kot mask ni but benda ni sedikit berbau lah , mungkin? Tapi dalam dia just ada 50ml rasa macam tak cukup je tapi bekas dia cantik dan isi dalamnya pun cantik warna pink lagi. Harrrr, ni dia produk ni memang best sangat. After pakai esok tu muka rasa macam best je rasa smooth je. Tapi before i apply sleeping mask ni i guna hada labo lotion dulu untuk moist kan muka i. Alhamdulilah sejak guna produk ni muka macam bertambah okey sangat dan walaupun datang benda lain dekat muka ni tapi bila apply benda tu akan hilang, tapi semua tu dengan izin All...